Jangan Buat Hal Joe Cole!!!!!


LIVERPOOL: Pemain tengah Liverpool, Joe Cole memohon maaf kepada semua rakan sepasukan apabila aksi keduanya bersama Liverpool belum begitu membanggakan.

Selepas dilayang kad merah ketika bertemu Arsenal, Ahad lalu, dia gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika perlawanan play-off pertama Liga Eropah menentang Trabzonspor di Merseyside, semalam.


Liverpool menang perlawanan itu 1-0 hasil jaringan Ryan Babel.


Tetapi kegagalan Cole menyempurnakan penalti selepas Lucas dikasari Serkan Balci bermakna Roy Hodgson berdepan tugas sukar di Turki minggu depan.


“Kali terakhir saya mengambil sepakan penalti ketika berusia 13 tahun dan berjaya menyempurnakannya,” kata Cole yang menyertai Liverpool secara percuma selepas dilepaskan oleh Chelsea.


“Memang sudah dirancang sejak awal saya akan mengambil sepakan penalti tetapi saya gagal menyempurnakan tanggungjawab itu. Saya mohon maaf di atas kegagalan berkenaan.


“Saya masih mencari rentak tetapi suka berada di kelab ini dan kami memulakan perlawanan dengan baik. Saya semakin cergas.” Cole mengakui Liverpool perlu berusaha lebih keras jika layak ke peringkat kumpulan. Sebelum gagal menyempurnakan penalti itu, Cole merencana hantaran yang membolehkan Babel menjaringkan gol tunggal perlawanan.


“Kami menang 1-0 dan boleh memikirkan perkara positif mengenainya,” kata Cole. “Saya gembira keputusan itu tetapi banyak lagi boleh diperbaiki. Kami perlu harungi beberapa perlawanan dan ia sukar. Kami belum berikan aksi seratus peratus.


“Aksi di Turki sukar dan kami perlu berada pada tahap tertinggi jika mahu menang.” Hodgson berkata, pemain Liverpool perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjaringkan lebih banyak gol.

No comments:

Post a Comment

hya..terima kasih sudi comment!!!!