Huang Batal Hasrat...


LIVERPOOL: Ahli perniagaan China, Kenny Huang membatalkan hasrat membeli kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Huang berkata menerusi kenyataan akhbar bahawa pihaknya dan syarikat pelaburan berpangkalan di Hong Kong, QSL Sports menarik diri daripada mengambil alih kelab Anfield itu tanpa memberi alasan terhadap keputusan itu.


“Sejak beberapa bulan lalu, kami menyedari Liverpool mempunyai tempat istimewa di hati jutaan peminat seluruh dunia,” kata Huang.


“Kami menggariskan rancangan memberi keutamaan terhadap perniagaan dan menyumbang dana untuk stadium baru serta kos berkaitan pemain membolehkan Liverpool memberikan kejayaan diimpikan peminat mereka.


“Strategi kami serta kebolehan unik untuk melebarkan sokongan di kalangan penduduk Asia akan memberi keuntungan kepada semua. Kami kesal kerana tidak berpeluang melaksanakan strategi ini,” katanya.


Beliau berterima kasih kepada penyokong Liverpool yang menyokong usaha kami dan mendoakan kejayaan kelab itu pada masa hadapan.


“Saya sedang mempertimbangkan pilihan lain pada masa depan dan tidak akan membuat kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.


Huang tampil sebagai pihak pertama berminat membeli kelab itu tapi daripada dua pemiliknya, Tom Hicks dan George Gillett dari Amerika Syarikat. Dia enggan menjelaskan apabila ditanya sama ada bidaannya dikatakan mendapat sokongan kerajaan China.


Huang berjanji melangsaikan hutang Liverpool dan memberikan wang kepada pengurus kelab, Roy Hodgson untuk dibelanjakan bagi mendapatkan pemain baru.


Bagaimanapun, laporan turut mengatakan bahawa Huang mahu kontrak itu disempurnakan dalam tempoh dua minggu atau dia akan menarik diri.


Ahli perniagaan China itu dilaporkan awal minggu ini semakin tidak sabar dengan kerenah lembaga Anfield yang turut mempertimbangkan tawaran lain untuk kelab itu.

No comments:

Post a Comment

hya..terima kasih sudi comment!!!!