LONDON: Didier Drogba berharap Chelsea mampu menamatkan kebangkitan Liverpool apabila pasukan juara Liga Perdana Inggeris itu berkunjung ke Anfield untuk satu lagi pertembungan sengit kedua-dua pasukan.
The Blues berkunjung ke Liverpool dengan keyakinan tinggi selepas meraih kemenangan ketika bertemu Blackburn serta membelasah Spartak Moscow 4-1 untuk mengesahkan tiket ke pusingan kedua saingan Liga Juara-Juara.
Walaupun Liverpool mempamerkan aksi longlai pada saingan awal liga, Drogba kini bimbang dengan ancaman anak buah Roy Hodgson itu selepas mereka meraih kemenangan kedua berturut-turut minggu lalu sekali gus berjaya keluar daripada zon penyingkiran.
“Setiap kali berkunjung ke Anfield, bukan satu tugas mudah kerana Liverpool adalah pasukan kuat. Mereka akan menggunakan perlawanan ini sebagai permulaan kepada kebangkitan mereka. Jadi kami perlu berhati-hati.
“Penampilan Liverpool amat berbeza selepas meraih dua kemenangan dan ia sekali gus pasti meningkatkan keyakinan. Apapun kami perlu berhati-hati. Sejak saya bersama Chelsea, pertembungan dengan Liverpool biasanya sangat sukar. Kami akan cuba mencipta kemenangan tapi seperti yang saya katakan tadi, ia bukan mudah,” kata Drogba.
Kecederaan hamstring membelenggu Joe Cole menyebabkan dia terlepas beraksi menentang bekas kelabnya itu buat pertama kali sejak meninggalkan Stamford Bridge.
Chelsea pula pasti mengalu-alukan kehadiran semula John Terry selepas dia direhatkan ketika menentang Spartak Moscow sementara khidmat Frank Lampard masih tidak dapat digunakan kerana baru selesai menjalani pembedahan hernia.
Walaupun Chelsea kini mempunyai kelebihan lima mata, Arsenal dan Manchester United dijangka terus memberi tekanan. Arsenal akan menentang Newcastle sementara United menanti kunjungan Wolverhampton di Old Trafford.
No comments:
Post a Comment
hya..terima kasih sudi comment!!!!